Search

RIP Mr Rama @ramassuntran.. last bekerja dan jumpa...

  • Share this:

RIP Mr Rama @ramassuntran.. last bekerja dan jumpa Abg Rama hujung tahun 2020 masa rakaman teater Tun Kudu di DBP. Lepas tu dah PKP 2 pulak. Kerja, puasa, raya, PKP 3 pulak. Tak dapat jumpa buat kali terakhir.... Yes dia lagi Melayu drpd orang Melayu. Pandai berpantun, berpuitis. Bertutur bahasa Cina pun dia boleh. Banyak dah berlakon utk international cuma tak di war war kan. Masa jumpa hujung tahun lepas ni pun dia baru habis shooting dgn production luar negara. Alhamdulillah dapatlah dengar dia seronok bercerita suka duka dalam industri. Terima kasih utk semuanya Mr Rama 🌹

♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️

*SALAM TAKZIAH*

Adalah dimaklumkan bahawa Saudara Ramasundran, Naib Presiden, Persatuan Teater Malaysia) telah meninggal dunia di _Hospital Kuala Lumpur_ antara jam 2.00-2.30 pagi tadi. Isteri beliau telah menelefon kepada Presiden, Persatuan Teater Malaysia @tukang_sakrani_ . Beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi -12.30 pagi. Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada (beliau mempunyai sejarah masalah jantung). Semoga pemergian beliau berada dalam kesejahteraan.

*R.I.P* dari _Presiden dan Ahli Jawatankuasa, Persatuan Teater Malaysia_

♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️🔹♦️


Tags:

About author
not provided
Promote and sell Hoodies and Sweatshirt Bundle Pre-Loved
View all posts